Trending

Friday, July 4, 2014

Cara Penggunaan Gear Yang Betul Untuk Kereta Auto


Saya ingin kongsikan dengan anda mengenai penggunaan gear auto cara yang betul. Kekadang kita pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light. Ia dapat diagak sebab lampu reverse nyala sekejap. 

Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light: 

1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak sahaja) 
3. Tarik hand brek 
4. lepas brek kaki 

 Nak jalan: 
1. tekan brek 
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik sahaja) 
3. lepas hand brek. 
4. lepas brek kaki 
5. tekan minyak 

Penggunaan tombol/butang pada batang gear: 
1. tekan tombol semasa menukar 

  • P & R  
  • R & P 
  • R & N 
  • N & R 
  • D & L/D2 
  • L/D2 & D 


2. jangan sesekali tekan antara 

  • N & D 
  • D & N 
  • D & D3 
  • D3 & D 


Kalau gear yg jenis ada gigi tu nampak lebih mudah dan selamat. Klik butang share di bawah jika info ini bermanfaat agar kawan-kawan anda juga tahu akan tips ini. SHARE! :D

No comments:

Post a Comment

Designed By Blogger Templates