Berita Terkini MB Selangor Baru 2014-2018 (Azmin Ali). Krisis menteri Besar Selangor Berakhir? : Setelah pelbagai teka-teki dilakukan oleh pengamal politik melibatkan krisis politik negeri Selangor ini termasuklah juga kajian Merdeka Center (DI SINI). kajian hanyalah kajian di atas “sekeping kertas”. Walaubagaimanapun…..pilihan telah dibuat.
Walaupun Azmin Ali hanya mendapat sokongan 6% hasil tinjauan rambang, tetapi inilah pilihan Istana Selangor.
Nampaknya Azmin Ali boleh bersiap-siap bagi mengemaskinikan pakaian rasmi yang bakal disarungnya esok bagi menghadiri upacara angkat sumpah dan menghadap Sultan Selangor sebagai MB Selangor baru. Tahniah Berita Semasa ucapkan.
Berita Terkini MB Selangor Baru : Acara Angkat Sumpah
- Lokasi : Istana Alam Shah, Klang Selangor
- Masa : Bermula 10 pagi
- Sidang Media Jawatan MB Selangor Baru (Azmin Ali ) : Sejurus selasai majlis angkat sumpah
Dengan majlis angkat sumpah yang berlangsung pada esok hari, harapan Berita Semasa krisis politik negeri Selangor bakal berakhir. Cukuplah bersilat dan berpencak politik. Tumpukan kepada agenda memperkasakan dan meningkat ekonomi rakyat anda yang terus menagih harapan rakyat anda. Ini sekaligus menandakan hari ini adalah hari-hari terakhir Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor.
Dan juga dengan majlis angkat sumpah MB Selangor baru esok, Sultan Selangor tidak perlu tertunggu-tunggu lagi nama calon MB Selangor baru seperti yang diminta Sultan Selangor daripada PKR dan juga DAP.
Berakhirnya Krisis Selangor : Terkini Azmin Ali Menteri Besar MB Selangor
“Jangan mengejar yang tak dapat, yang dikendong berciciran”
Jadi apabila rakyat Selangor telah berikan anda (Pakatan Rakyat) peluang gunakan dengan sebaiknya. Rakyat Selangor tidak mahu melihat dan memerhatikan sandiwara politik yang terlalu lama dan berpanjang sepertimana yang berlaku kepada krisis Menteri Besar Selangor kali ini. Ingat, negeri Selangor menjadi negeri yang paling menjadi rebutan di arena politik berbanding negeri lain di Malaysia. Inilah negeri paling panas bagi pentas politik di Malaysia…..
Apa kata rakyat Malaysia umumnya dan rakyat Selangor, adakah anda bersetuju dan berpuas hati serta harapan anda dengan pilihan MB Selangor baru kali ini, Azmin Ali?
P/S : Jika anda dilihat tidak berkebolehan setelah peluang diberikan, Barisan Nasional yang dipimpin calon MB Selangor (jika BN perintah Selangor) akan mengambil peluang keemasan tersebut untuk mengemudi rakyat Selangor pula….
No comments:
Post a Comment