Trending

Tuesday, September 23, 2014

Alhamdulillah! 23 Pemain Cameroon Peluk Islam





23 orang pemain muda bola sepak kebangsaan dari Cameroon baru-baru ini telah beramai-ramai memeluk Islam. Ini termasuklah jurulatih dan paderi mereka sendiri, lapor Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Kebajikan Dubai (IACAD), Emiriyah Arab Bersatu.

Laporan yang dipetik dariapda laman web rasmi Islamic Affairs and Charitable Activities Department in Dubai (IACAD) itu menyebut semua pemain bolasepak Cameroon ini telah memeluk Islam dalam satu majlis sederhana yang diadakan pada Sabtu lalu.

Mereka mengucap dua kalimah syahadah beramai-ramai ketika menghadiri satu kem latihan yang dianjurkan oleh jabatan tersebut di Dubai baru-baru ini.

Mereka dikatakan memeluk Islam setelah tertarik dengan layanan baik dari warga tempatan dan juga keamanan dan ketenangan yang mereka rasai dari Islam.

Pasukan Cameroon berasal dari akademi yang asalnya ditubuhkan untuk anak-anak yatim dan orang miskin disana

Alhamdulillah..Semoga lebih ramai yang terbuka hati peluk islam.

Sumber: TheRakyatPost

No comments:

Post a Comment

Designed By Blogger Templates