Kebakaran yang berlaku pada hari Jumaat dikala penghuni asrama puteri sedang nyenyak tidur. Api marak berpunca dari api lilin yang dipasang oleh pelajar asrama. Kejadian yang menyayat hati itu mengorbankan 27 pelajar puteri dan telah memusnahkan 8 blok asrama.
Kini hampir setiap tahun Program Memperingati 27 Syuhada diadakan. Pada majlis itu sanak saudara dan rakan rakan bekas penghuni asrama berpeluang bertemu semula dengan yang lain termasuk yang terselamat dan berkongsi cerita mengenai pengalaman selepas tragedi.
Tahun 1989 admin pun masih ingat tragedi kebakaran pondok sekolah agama Padang Lumat, tetapi agak kurang mengerti sebab pada masa tu budak budak lagi tak tau apa apa, tetapi sering mendengar ibu ayah dan kakak bercerita pasal Padang Lumat.
Apa yang admin agak sedih dan terkejut juga ialah apabila melihat begitu daif nya kawasan dalam asrama tempat tidur pelajar , dapur minyak tanah dan katil meja buku sangat dekat serta sempit. Pada ketika tu, terbayang bagaimana pelajar itu belajar dengan keadaan yang sempit dan daif. Di situ tempat masak di situ tempat belajar dan tidur. Sangat sedih sekali. Tapi setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Tragedi itu telah mendapat liputan seluruh media massa dan membuka mata semua pihak dan akhirnya membawa kepada beberapa perubahan besar pada Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Al Halimiah (Pondok Pak Ya). Pelajar semakin ramai mendaftar di sekolah berkenaan dan prasarana di sekolah itu semakin baik.
Gambar Pondok Pak Ya Dahulu:
Gambar Pondok Pak Ya Kini:
Jika anda ingin melihat dokumentari peristiwa ini, boleh tgk video di bawah:
Sudah tamat menonton dokumentari yang sangat memilukan, tambahan ketika mendengar kisah kisah yang diceritakan kembali petanda sebelum para syuhada itu pergi buat selamanya.Mereka kehilangan sahabat karib, ibu bapa kehilangan anak disayangi, abang kakak kehilangan adik mereka yg dikasihi. Tak sedar air mata ini mengalir. Mungkin ada yang berasa cemburu kerana para 27 orang syuhada itu sudah dijanjikan yang terbaik di sisi Allah. Takziah dan Al-Fatihah..
No comments:
Post a Comment