Trending

Tuesday, October 28, 2014

Adakah Anda Berani Merentasi Lebuhraya Berbahaya Di Perancis Ini? Banyak Yang Mencuba, Segelintir Yang Berjaya.

Ketika memandu pergi dan pulang dari tempat kerja, kebanyakan orang tertanya-tanya "akan ada kesesakan lalu lintaskah hari ini?" Jika anda kebetulan menjadi salah satu penumpang bertuah yang berpeluang untuk mengemudi di Passage du Grois menghubungkan antara Teluk Burn dan Pulau Noirmoutier di Perancis, anda akan tertanya-tanya "ada jalan ke ni?". Jalan ini terkenal kerana menjadi mangsa perubahan arus. Air surut, yang hanya berlaku untuk tempoh yang singkat setiap hari, akan menjadikan jalan ini selamat untuk digunakan. 

Saya tidak pasti tentang anda, tetapi jika jalan saya pergi balik ke tempat kerja ditenggelami air bagi kebanyakan hari, saya akan melabur untuk membeli bot (atau kenderaan mungkin timbul atas permukaan air). :)


Beberapa penunggang basikal melintasi Passage du Grois pada ketika matahari bersinar dan jalan (untuk sekarang) berada di atas paras air.


Bayangkan memandu di sepanjang jalan begini. Air mula naik, waktu untuk berpatah balik. :)


Sekurang-kurangnya ada beberapa tanda-tanda yang berguna untuk memberi amaran kepada anda jika anda hilang jalan yang betul-betul di hadapan anda.


Sesetengah orang tidak pernah mengalah: Bukti A.


Sesetengah orang tidak pernah mengalah: Bukti B.


Jika ada satu tempat di dunia di mana anda pasti tidak mahu berada dalam kesesakan lalu lintas...


"Maafkan saya, tuan, anda tidak boleh 'parking' di sini."


Jika semuanya gagal, anda sentiasa boleh menyeberang Passage du Grois dengan cara kuno ini.

Satu hal yang pasti, hidup setiap hari melintasi Passage du Grois tidak pernah membosankan.

Sumber: Thevocket

No comments:

Post a Comment

Designed By Blogger Templates