
Beriman kepada yang ghaib adalah termasuk salah satu asas dari akidah Islam, bahkan ianya merupakan sifat yang pertama dan utama yang dimiliki oleh ALLAH S.W.T. Justeru, bagi setiap orang Muslim, mereka wajib beriman kepada yang ghaib, tanpa sedikitpun ada rasa ragu.
Dalam perkara ini Ibn Mas'ud mengatakan: Yang dimaksudkan dengan yang ghaib itu ialah segala apa saja yang ghaib dari kita dan perkara itu diberitahukan oleh ALLAH dan Rasul-Nya.
Begitu juga syaitan dan jin. Syiatan dan in termasuk makhluk ghaib yang wajib kita imani, kerana banyak ayat-ayat Al-Quran dan Hadis Nabi yang menerangkan tentang wujudnya.
Syaitan itu sangat banyak jenis dan peranannya. Keturunan syaitan lahir setiap hari kerana setiap syaitan itu dapat melahirkan anak pada masa yang singkat kerana ia ada kedua-dua jantina pada setiap diri mereka.
Mereka juga tidak mati-mati, melainkan secara serentak, semuanya sekali, pada saat ditiupkan sangkakala yang pertama.
Berikut 9 nama anak-anak Syaitan serta tugas-tugas yang mereka lakukan :
1. Zalituun
Duduk di pasar / kedai menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu (membazir)
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A’awan
Menghasut sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Terlena dengan kedudukan / kekayaan sehingga terabaikan kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol dan suuka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat seperti di kelab mlm dan tempat-tempat maksiat.
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan dan dekat manusia yang suka muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam kemewahan dan darjat.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, umpatan, kutukan dan apa sahaja perkataan yang tidak baik.
7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar terjadi keruntuhan rumahtangga seperti suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi.
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta ibadah yang lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.
*Awas! Elakkan penggunaan nama diatas untuk manamakan kepada anak yg baru dilahirkan..
Lebih banyak lagi nama-nama syaitan yang tidak dinyatakan di atas, namun begitu tugas utama mereka adalah sama, semuanya ingin menyesatkan umat manusia, khususnya yang Islam dan beriman kepada ALLAH SWT.
No comments:
Post a Comment