Trending

Saturday, November 15, 2014

Gambar Pesawat Pejuang Didakwa Tembak MH17 Didedahkan

Jika tadi kami ada membuat satu post berkaitan MH370 (Pakar Satelit Membuat Kenyataan Pertahan Kapten Zaharie) klik di sini untuk baca, kini kita beralih kepada kes MH17 sebentar.

MEDIA Rusia mendedahkan gambar sebuah pesawat pejuang yang didakwa milik Ukraine telah melepaskan tembakan ke arah pesawat awam Penerbangan Malaysia MAS), MH17 pada Julai.
Gambar itu dipercayai dirakamkan oleh satelit British atau Amerika Syarikat yang kemudian didedahkan bagi menyokong dakwaan sebelum ini tentang kewujudan sebuah lagi pesawat berhampiran penerbangan MH17.

Pesawat MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai, kejadian tersebut mengorbankan semua 298 penumpang dan anak kapal termasuk 43 rakyat Malaysia.
Pakar di Rusia berpendapat, penerbangan awam itu dipercayai  telah ditembak oleh pesawat pejuang jenis MIG 29 milik tentera Ukraine.
Bagaimanapun, barat pula menyifatkan pesawat pejuang itu merupakan milik puak pemisah pro-Rusia yang menawan Donetsk.
Gambar itu dilapor didedahkan selepas berlaku ketegangan antara Perdana Menteri United Kingdom, David Cameron dengan pemimpin Rusia, Vladimir Putin di Australia baru-baru ini. -mstar

Terdapat info terbaru yang kami terima, gambar satelit yang dikeluarkan Rusia ini adalah palsu. Harap dapat bersama kami untuk maklumat lanjut yang akan disiarkan sebentar nanti berhubung isu itu.


No comments:

Post a Comment

Designed By Blogger Templates