Pada zaman 90-an telefon bukanlah suatu keperluan, dan barang siapa yang mempunyai telefon bimbit ketika itu walau sebesar gajah sekali pun, orang akan pandang dengan suatu pandangan yang amat 'jakun'. Namun begitu, setelah peredaran masa, telefon bimbit merupakan suatu yang amat perlu bagi setiap orang bagi memudahkan urusan.Namun begitu, setiap yang baik pasti ada buruknya.
Kisah yang akan diceritakan ini adalah untuk dijadikan iktibar bagi golongan ibu bapa agar tidak mengabaikan perasaan anak anda. Kisah diceritakan seorang guru wanita yang sedang menyemak satu persatu karangan anak muridnya. Setelah membaca satu karangan yang ditulis oleh seorang pelajarnya, dia menjadi sangat emosi dan setelah melihat nama di muka hadapan buku itu, dia menangis teresak-esak. Lalu ditanya oleh suaminya
Suami: Kenapa menangis ni?
Guru wanita: Lihatlah karangan budak ni.
Suaminya pun membaca dengan penuh khusyuk. Untuk pengetahuan semua, soalan yang diberikan ialah, "Hasilkan satu karangan bertajuk, Saya Ingin Menjadi..."
Saya Ingin Menjadi Telefon Pintar
“Oh Tuhan, malam ini saya ingin meminta kepada-Mu sesuatu yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuah telefon pintar. Saya ingin mengambil kedudukan telefon pintar bagi menikmati kehidupan sebagaimana telefon pintar ayah dan ibu. Saya akan memiliki ‘tempat’ tersendiri dalam hati keluarga sehingga mampu menjadikan keluarga sentiasa melihat saya.
Saya akan diberi perhatian serius ketika dilihat. Saya ingin menerima penjagaan yang sama seperti telefon pintar. Ayah akan memegang saya setiap kali ayah pulang dari tempat kerja walaupun keletihan. Ibu pula bersama-sama saya saat sedih dan kecewa, bukan mengabaikan seperti sekarang. Seterusnya, saya mahu abang dan kakak berusaha memperuntukkan masa untuk bersama-sama dengan saya.
Saya mahu merasakan bahawa keluarga sanggup mengetepikan kepentingan lain untuk meluangkan waktu bersama-sama saya. Akhirnya, jadikan saya mampu membuat semua individu yang saya sayangi itu merasa gembira dan saya menghiburkan mereka. Tuhan, saya tidak meminta lebih dari itu. Saya hanya mahu hidup seperti telefon pintar pada setiap masa.”
Selesai suaminya membaca esei tersebut, suaminya berkata
Suami: Kasihannya, anak ini miskin kasih sayang. Ibu bapanya terlalu teruk!’
Suami: Kasihannya, anak ini miskin kasih sayang. Ibu bapanya terlalu teruk!’
Mendengar itu, tangisan si isteri semakin kuat.
Guru wanita: Abang, itu karangan anak kita!
Suami: ....
Jika diperhatikan sekarang ini, suami dan isteri masing2 tekun membelek dan fokus handphone masing-masing, layan email, facebook, whatsapp, wechat. Kadang-kadang anak-anak dok tengok saja dari jauh sambil main mainannya. Sebab itula kadang-kadang anak 'buat perangai', yang sebenarnya inginkan perhatian dari kedua orang tuanya.

Sama-samalah la kita berikan perhatian pada insan-insan di sekeliling terutama anak-anak yang perlukan perhatian dan kasih sayang kita. Tingkah laku kita adalah contoh buat mereka.
Sanggupkah kita (sebagai ibu bapa) terima jika diperlakukan dengan sikap yang sama bila kita dah tua nanti? Fikir-fikirkan.
P/s: Hampir lupa macamana generasi dahulu mencari antara satu sama lain jika terpisah ketika berjalan bersama di dalam pasaraya seperti KLCC. Cuba tuan-tuan dan puan-puan cuba tidak menggunakan telefon pintar seharian ketika berjalan bersama keluarga, pasti seronok. :)
Diolah dari sumber asal Thevocket untuk kesesuaian theviraliyat.com
No comments:
Post a Comment