Trending

Friday, November 7, 2014

Terbongkar! Fakta Penting Yang Tidak Ramai Tahu Tentang Pemilihan Ubat Gigi



Sebenarnya tanda warna ( merah , biru , hijau , hitam ) berkotak seperti dalam gambar di atas ada pada produk lain juga seperti pada pencuci muka, perapi rambut atau apa sahaja produk dalam bekas tube sebegitu.

Tanda tersebut tak memberi apa-apa makna pada orang biasa tapi sebaliknya pada pekerja yang terlibat dalam pemprosesan produk tersebut dan juga pada mesin yang mengendalikan proses pembungkusan produk tersebut tanda warna ( merah , biru , hijau , hitam ) amat penting .

Dalam industri pembungkusan, tanda tersebut diistilahkan sebagai " eye marks " ( atau " eye spots " ). Tujuan tanda tersebut mungkin untuk memberi signal atau memberi tahu pada mesin pembungkusan , kotak/bungkusan yang sesuai untuk sekian-sekian produk.

Ada juga info yang menyatakan bahawa tanda warna yang terdapat pada ubat gigi tersebut secara umumnya menunjukkan kegunaan ubat gigi tersebut seperti
  • Merah - Sesuai untuk kanak-kanak
  • Biru - Untuk kesan pemutihan gigi (mengndungi bahan pemutihan gigi)
  • Hitam - Tiada kesan pemutihan tapi menghilangkan sisa makanan dan sebaginya
  • Hijau - Sesuai untuk ibu mengandung
Kesimpulannya,  jika anda betul-betul prihatin lebih baik tengok label bahan kandungan , arahan / cara pengunaannya.



Ubat Gigi Berfluorida Untuk Kanak-Kanak

Pengenalan
Memberus gigi adalah antara amalan penjagaan mulut yang sebaiknya dilakukan untuk kebersihan diri. Memberus gigi menggunakan ubat gigi berfluorida setiap hari boleh mencegah kerosakan gigi. Penggunaan ubat gigi berfluorida merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada pengurangan kadar kerosakan gigi di serata dunia.

Fluorida ialah mineral semula jadi yang boleh menguatkan lapisan luar gigi dan membantu mencegah kerosakan gigi. Walau bagaimanapun, penggunaan fluorida yang berlebihan boleh menyebabkan fluorosis enamel iaitu kecacatan lapisan luar gigi.

Kesan Pengambilan Fluorida Berlebihan
Pengambilan fluorida berlebihan oleh kanak-kanak sering kali terjadi bila mereka menelan ubat gigi berfluorida semasa memberus gigi. Sesetengah kanak-kanak suka dengan rasa ubat gigi yang berperisa. Ini menyebabkan mereka menelan ubat gigi tersebut.

Dalam keadaan lain, sesetengah kanak-kanak diberi fluorida tambahan secara berlebihan. Terdapat juga yang diberi fluorida tambahan sedangkan bekalan air paip sudah pun mengandungi fluorida yang mencukupi.

Pengambilan fluorida yang berlebihan semasa proses pembentukan gigi boleh menyebabkan kecacatan gigi. Kesannya, lapisan luar gigi (enamel) yang putih dan licin menjadi lubang-lubang kecil berwarna coklat. Warna ini kelihatan jelas pada permukaan gigi hadapan. 

Gigi hadapan sangat penting untuk penampilan dan senyuman menarik. Sudah tentu kecacatan gigi tersebut boleh menjejaskan keterampilan diri .


Rawatan Kecacatan Pada Enamel
Fluorosis enamel boleh dirawat. Dengan rawatan kosmetik pergigian, penampilan gigi yang terlibat boleh dibaiki. Pakar Pergigian Pediatrik akan memberitahu anda tentang rawatan yang boleh dilakukan jika anak anda mengalami fluorosis enamel yang teruk.


Penggunaan Ubat Gigi Berfluorida Yang Betul
Penggunaan ubat gigi berfluorida penting untuk memastikan kesihatan pergigian anak anda baik

TETAPI

  • Pastikan ubat gigi yang digunakan tidak berlebihan. Untuk kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah, pemberusan gigi harus dibantu oleh ibu bapa dan ubat gigi yang digunakan hanyalah sebesar kacang pea.
  • Ajar anak anda untuk tidak menelan ubat gigi sebaliknya meludah sebaik sahaja selepas memberus gigi.
  • Manakala bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun, ubat gigi mungkin tidak perlu digunakan.

Sumber: e-kesihatanmalaysia.blogspot

No comments:

Post a Comment

Designed By Blogger Templates