Pasti ramai yang akan melonjak marah bila membaca tajuk posting ini. Sebelum memberikan komen-komen baik positif atau negatif, harap dibaca dahulu dan berfikir dengan akal, bukan dengan emosi.
Anak yang baru lahir ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkan diri anak itu sendiri, manusia selalunya menuding jari menyalahkan orang lain jika anak mereka menjadi nakal atau jahat, pengaruh persekitaran, pengaruh rakan2, pengaruh video games dan lain2 lagi. Jika benteng akal anak itu mantap, adakah mereka akan mudah terpengaruh? Apakah sumber kekuatan benteng akal anak tersebut?
Jawapannya adalah kekuatan bahagian depan otak (prefrontal cortex) dan juga hubungan kasih sayang (limbic bonding) antara anak dan ibu bapa.
Ibu yang mengandung sebenarnya bukan sahaja memberi makan dan perkumuhan kepada bayi, apa yang dilalui secara emosi oleh ibu, itu juga akan dirasai oleh si bayi, semua emosi mempunyai hormon yang dikeluarkan oleh otak keseluruh badan, ini termasuklah emosi tekanan/stress. Ibu yang berkerja tidak dapat lari dr perasaan tertekan, hidup di zaman moden ini penuh dengan tekanan/stress, dari ketika keluar dari rumah sangkut di traffic jam, di tempat kerja, ketika pulang dan juga di rumah ketika harus menjalankan tugas sebagai ibu dan juga isteri ketika keadaan diri kepenatan. Bayi di dalam kandungan akan turut merasai perasaan tertekan tersebut.
Apa kesannya kepada bayi di dalam kandungan? Hormon stress yang dikesan oleh badan bayi seolah-olah memberi tahu bayi yang dirinya di dalam keadaan terancam dan ketakutan, ini menyebabkan tumbesaran bayi lebih kepada bahagian otot badan untuk menyiapkan dirinya untuk "fight or flight situation", yang menakutkan pertumbuhan bahagian otak terutamanya bahagian depan (prefrontal cortex PFC) akan terbantut kerana kebanyakan khasiat makanan dari ibu lebih kepada bahagian otot badan, ibu mengandung yang sentiasa di dalam keadaan tertekan sebenarnya sedang membesarkan seorang "street fighter" di dalam rahimnya. Anak ini nanti selalunya akan mempunyai fizikal yang tegap, tetapi kurang cerdik. Kurang cerdik disini tidaklah bermaksud anak itu akan lemah dari segi akademik di sekolah tetapi kurang cerdik dari segi menangani isu-isu kehidupan. Apa yang membezakan manusia dan haiwan adalah bahagian depan otak (prefrontal cortex). Fikirkan lah anak yang lahir dgn PFC yang tidak sempurna, apa kesannya pada kehidupan di masa depan?
Kira-kira 2 bulan selepas lahir, bayi akan mula mengenali raut wajah ibunya, ini amat penting kerana dari ekspresi wajah ibu itu juga anak akan belajar mengenai kehidupan, apabila bayi melalui situasi-situasi yang baru selalunya dia akan mencari ibunya untuk mendapatkan rujukan apa yang perlu dilakukan, contohnya jika dia terjatuh ketika mula berjalan, jika si ibu menerpa di dalam keadaan terkejut, bayi akan menangis lebih kuat lagi berbanding dengan ibu yang datang dengan keadaan tenang, mendukung dan membelai dengan kasih sayang.
Jika bayi terjaga ditengah malam dan mahukan susu, si ibu yang kepenatan berkerja sedar di dalam keadaan marah amat sukar untuk menyusukan bayi tersebut dengan kasih sayang, ini akan memberi kesan kepada bayi, walaupun anak tidak disusu badan, si bayi dapat merasai emosi ibu kerana emosi itu berjangkit, si bayi selalunya akan terus menangis dan tertidur lebih kepada penatnya menangis daripada lena kekenyangan. Kesannya pada minda separuh sedar bayi ini adalah "tiada siapa yang aku boleh harapkan di dunia ini".
Ketika baru lahir hingga keumur 6 atau 7 tahun, otak anak membesar dengan kadar yang amat tinggi, di ketika ini juga anak akan belajar lebih kepada pemerhatian, apa yg dilihat dilakukan oleh ibu dan bapa akan menjadi ikutan anak tersebut. Sebab itu kita biasa mendengar, "perangai engkau ni mcm ibu/bapa engkau lah", ini bukanlah genetic/keturunan sebenarnya tetapi dr pembelajaran melalui pemerhatian ketika tempoh awal kehidupan.
Persoalannya di sini, dimana ibu dan bapa ketika waktu ini? Siapa yang anak akan perhatikan untuk menjadi rujukan untuk anak itu belajar mengenai kehidupan? Orang gaji? Pengasuh taska? Tidak hairan lah nanti generasi akan datang akan mempunyai minda malaysian tetapi minda separuh sedar indon, filipino, bangla atau nepal. Lebih 90 peratus kelakuan/tingkah laku manusia adalah dr minda separuh sedar sebenarnya.
Sekarang kita sudah boleh melihat kesannya, zaman wanita berduyun2 bekerja meninggalkan anak di jaga oleh orang lain. Perhatikan masaalah2 remaja dizaman ini, lihat sikap sopan santun yg sudah luntur pada mereka, rasanya tidak perlulah di ungkitkan dgn lebih terperinci disini sifat2 lain yang lebih mengecewakan.
Sekitar 10 tahun lepas era komputer mula meningkat dan ibu bapa berlumba2 membelikan komputer untuk anak2, ibu bapa yg jahil tidak tahu apa itu "internet filter", kerajaan pula atas dasar "free information" tidak menghalang semua laman2 web porno dari diakses dengan mudahnya. Anak yang tinggal dirumah, tersilap klik sahaja sudah boleh mengakses "ilmu2 baru" yang merangsangkan. Kesannya keruntuhan akhlak remaja dengan seks bebas dan sebagainya sudah tidak dapat dinafikan lagi.
Kajian Dr Michael Resnick dr University of Minessota yang diterbitkan didalam The journal Of The American Medical Association, 1997 menyatakan, anak2 yang lebih merasai kasih sayang dan lebih berhubungan dengan ibu dan bapa mempunyai kadar yang lebih rendah mempunyai masaalah mengandung ketika usia muda, masaalah dadah, merokok, keganasan dan bunuh diri. Artikel in menegaskan yang kadar hubungan antara anak dan ibu bapa amat memainkan peranan lebih penting mencorakkan minda anak membenteng diri dari masaalah sosial.
Ibu dan bapa zaman sekarang ini lebih mementingkan rumah besar dan kereta besar hinggakan anak ada yang "terbesar" perut mengandung anak luar nikah atau membesarkan perut anak orang lain bagi yang lelaki. Perlu diingat rumah besar dan kereta besar tidak akan dibawa ke lubang kubur tetapi doa anak yang soleh sahaja akan kekal berterusan selepas mati, jadi saham apa yang lebih patut dititk beratkan, saham dunia atau saham akhirat?
Bolehkan kita mendapat anak yang soleh dengan memberikan komputer, video games dan didikan dari orang gaji dan cikgu-cikgu taska? Fikirkan lah.
Saya tidak menghalang wanita berkerja tetapi tumpuan kepada anak-anak itu lebih patut diutamakan kerana mereka nanti adalah pemimpin masa depan. Minda harus dibuka dari menumpukan kepada kebendaan kepada kerohanian. Allah menjadikan wanita sebagai lebih kepada melahir dan membesarkan anak dan bukan mencari rezeki dan bersaing dengan lelaki.
Dalam persoalan di atas, semuanya berbalik juga kepada pihak lelaki, jika lelaki/suami boleh berusaha lebih mencari rezeki, bukankah isteri boleh menumpukan perhatian kepada anak. Jika lelaki setia kepada isteri bukankah wanita tidak akan terfikir bekerja sebagai "back-up" jika berlaku perceraian, di dalam hal ini harus di tanyakan ke pihak wanita juga, jika tiada wanita bekerja bergaul dengan bebas dengan lelaki bukankah kebarangkalian suami berubah rasa atau curang akan kurang? Siapa yang menggubal peraturan pejabat? Pemimpin... Siapa yang memimpin? kebanyakannya adalah lelaki. Jadi dari segala segi berbalik semula kepada lelaki sebenarnya.
Apa yang berlaku sekarang ini adalah kerana kita lari dari batasan-batasan Islam, Islam adalah cara hidup, bukan setakat sembahyang dan puasa, termasuklah batasan pergaulan lelaki dan wanita, masaalah masyarakat yang melanda sekarang ini adalah kesan dari masyarakat yang beragama islam tetapi tidak mengikut cara hidup islam. Sembahyang tetapi tidak tahu apa yang di kumat kamitkan, berdoa tetapi tidak tahu apa yg dipohon.
Bukalah minda dan lihatlah persekitaran, perhatikan tingkah laku anak-anak zaman sekarang, sedarkah kita yang masyarakat kita menghala tuju kearah yang salah, bukankah masanya untuk kita menekan "brek" kehidupan dan mengubah haluan?
Ibu yang bekerja dan lelaki isterinya terpaksa bekerja meninggalkan anak dibesarkan oleh orang lain adalah mereka yang pentingkan diri sendiri, lebih mengutamakan materalistik dari kerohanian, kita dikhayalkan oleh dunia media yang kegembiraan adalah dari luaran, kegembiraan adalah dari jenama kereta yang dipandu, dari besarnya rumah yang diduduki, memang benar itu semua untuk keselesaan anak-anak tetapi jika moral dan perangai anak menuju kehancuran, apakah gunanya dunia materialistik ini?
Kegembiraan sebenarnya dari dalaman, hati yang tenang dan sentiasa mengingatkan penciptanya itu lebih gembira dari mengingati dan mengejar dunia.
Jika semua manusia mempunyai pemikiran yang sama bermakna tiada siapa yang berfikir, adakah anda berfikir?
No comments:
Post a Comment