Trending
National
Global

Tuesday, March 3, 2015

Testing




Wednesday, November 19, 2014

Aktivis Antarabangsa Bantah Ujian Pelik Untuk Menjadi Polis Wanita Indonesia

UJIAN PELIK UNTUK MENJADI POLIS WANITA INDONESIA

Aktivis antarabangsa telah mendesak pihak berkuasa Indonesia supaya memansuhkan ujian anak dara untuk wanita yang ingin menyertai pasukan polis di negara itu.

Human Rights Watch (HRW) menyatakan peraturan mewajibkan pemohon harus memeriksa sama masih dara atau belum berkahwin sebagai pra syarat untuk menjadi anggota polis perlu dimansuhkan.

Wanita Indonesia yang ditemubual oleh mereka mengakui bahawa mereka terpaksa melalui ujian membuktikan mereka masih dara sebagai salah satu syarat untuk menyertai pasukan keselamatan itu.

Ujian berkenaan mewajibkan pemohon berbogel di depan sepasukan pegawai wanita yang kemudiannya menusukkan dua jari dalam kemaluan pemohon.

Jurucakap HRW, Nisha Varia menyatakan ujian dua jari itu harus dihentikan serta merta kerana ia mengaibkan dan menjatuhkan maruah wanita.

“Polis di Jakarta harus memansuhkan ujian ini dan mengambil tindakan susulan untuk memastikan semua markas polis yang lain turut mengambil tindakan yang sama,” katanya.

Sumber: antarapos

Gempar! Pembunuh Osama Dedah Identiti Dan Cara Dia Bunuh Osama.

O'Neill (gambar) membuat kenyataan terbuka itu kerana tidak mahu ada pihak lain yang mendedahkan identitinya - Foto AFP
Seorang bekas anggota komando tentera laut Amerika Syarikat, Robert O'Neill tampil mendakwa dia adalah pembunuh orang paling diburu dan pemimpin kumpulan Al-Qaeda, Osama Bin Laden.

O'Neill membuat kenyataan terbuka itu kerana tidak mahu ada pihak lain yang mendedahkan identitinya.

Pengakuan itu turut menimbulkan rasa tidak puas hati di antara anggota operasi perkhidmatan rahsia Amerika itu.

Mereka menganggap O'Neill melanggar kod rahsia, bila membuat pendedahan mendakwa melepaskan dua tembakan ke dahi Osama dalam satu serbuan pada 2011.

O'Neill sebelum ini bercerita mengenai serbuan ke atas tempat persembunyian Osama kepada majalah Esquire yang hanya meletakkan namanya sebagai 'si penembak'.

Dalam perkembangan yang sama, laporan akhbar Washington Post pada Khamis turut menamakan O'Neill sebagai penembak terbabit.

Agensi berita The Associated Press pula melaporkan, dua anggota pasukan keselamatan yang mengenali O'Neill mengesahkan pembabitannya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Pentagon turut mengesahkan O'Neill sebagai anggota komando tentera laut yang turut serta dalam serbuan itu.

Namun Pentagon tidak dapat mengesahkan siapa yang melepaskan tembakan itu kerana beberapa anggota lain turut melepaskan tembakan ketika serbuan.

Pentagon dalam satu kenyataan berkata, sekiranya O'Neill mendedahkan perkara itu dalam mana-mana wawancara terbuka, dia boleh disiasat atau diambil tindakan oleh Jabatan Kehakiman.

Dia mendedahkan cerita itu menerusi satu temu bual yang disiarkan agensi berita AFP bahawa tiga das tembakan dilepaskan ke arah Osama di rumah persembunyiannya di Abbottabad, Pakistan pada Mei 2011 selepas sekumpulan komando AS membuat serbuan.

Bagaimanapun, dia kini berhadapan masalah kewangan kerana tidak lagi bekerja.
Dia merahsiakan identitinya semasa ditemu bual oleh pemberita majalah Esquire.
Beberapa orang berbual di depan rumah yang menjadi tempat persembunyian Osama di Abbottabad pada 5 Mei 2011.
Namun, buat pertama kalinya dia mendedahkan peranan yang dilakukannya dalam satu serbuan di rumah persembunyian Osama.
Bekas anggota komando tersebut mendedahkan kebimbangan terhadap keselamatan ahli keluarganya.
"Dia (Osama) kelihatan keliru. Tubuhnya lebih tinggi berbanding jangkaan saya," katanya tentang Osama.
Pasukan komando itu melakukan serang hendap ke atas Osama di tingkat tiga rumah tersebut.
Ketua Al-Qaeda tersebut meletakkan tangannya di bahu isteri termudanya ketika itu.
Osama menolak badan isterinya itu ke depan dan terdapat selaras senjata AK-47 berdekatannya.
"Saya tidak tahu sama ada isterinya mendapatkan jaket dan dia kemudian ditolak untuk mati syahid. Dia (Osama) mendapatkan senjata dekat dengannya. Dia (Osama) merupakan satu ancaman.
"Saya perlu melepaskan tembakan tepat ke kepala Osama agar dia tidak berpeluang untuk meletupkan dirinya," kata bekas komando tersebut.
"Saya menembaknya, dua kali di dahi. Bap! Bap! Dia terjatuh di atas lantai di depan katilnya dan saya menembaknya sekali lagi.
"Bap! tempat yang sama," katanya.
"Dia mati. Tidak lagi bergerak. Lidahnya terkeluar," tambahnya.
Menurut artikel majalah itu, pembunuhan ke atas Osama mengambil masa selama 15 saat.
Menjelang musim panas pada tahun lalu, selepas bersara daripada tentera, dia menjadi gementar tentang kemungkinan serangan balas terhadap keluarganya.
Bekas anggota komando itu kini menjadi orang awam.
Osama mati ditembak dalam operasi tentera AS ketika negara itu berada di bawah kepimpinan Presiden Barack Obama. Osama dibunuh dalam satu serbuan pada 2011 di tempat persembunyian rahsianya di Pakistan.
Dia antara lain didakwa bertanggungjawab atas serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat.- Agensi

Sumber: astroawani & kosmo

Tuesday, November 18, 2014

[4 Gambar] Pengotor! Kedai Roti Terkemuka Diserbu Kotor Diarahkan Tutup.

Sebelum ini banyak kes tentang kedai kilang membuat roti diarahkan tutup kerana tidak menjaga kebersihan persekitaran. Kali ini, kes terbaru yang membabitkan sebuah kedai roti terkemuka (P*tchee Bakery) di Jalan Datuk Keramat, Georgetown telah ditutup selama dua minggu selepas pihak berkuasa kesihatan Negeri mendapati najis tikus di premisnya ketika pemeriksaan tempat semalam. 
Walaupun pemeriksa kesihatan tidak menemui sebarang tikus dalam tempoh dua jam, kedai roti yang popular dengan roti Benggali, mereka dikejutkan dengan dua troli dengan susunan doh terletak di sebelah tandas, dengan pintunya terbuka sedikit dalam operasi tersebut. Malah, beberapa pekerja hanya membuang lebihan doh di atas lantai basah dan bukannya mengumpulkan di dalam tong untuk pelupusan. Penemuan seperti rambut manusia di dalam bekas dengan minyak yang digunakan untuk menguli doh. Selain itu, pekerja juga gagal mematuhi etika berpakaian dengan hanya berseluar pendek dan berkuku panjang.




Sumber: NST dan Astroawani

MH370: Status 'Madu Ghaib' Sukarkan Suami Untuk Nikah, Terpaksa Nikah Di Thailand.

Status penumpang dan kru MH370 yang hingga kini masih belum dimuktamadkan bukan sahaja menyebabkan kepiluan kepada waris mangsa, malah ia turut menjadi 'penghalang' untuk mereka meneruskan kehidupan.

Antara masalah yang didepani waris mangsa terlibat ialah untuk membina rumahtangga dengan pasangan baharu.

Keadaan ini dialami sekurang-kurangnya seorang waris mangsa apabila dia terpaksa bernikah di negara jiran, sebelum mendaftarkan perkahwinannya di negara ini.

Malahan, pasangan ini juga mungkin berdepan tindakan undang-undang kerana mengamalkan poligami tanpa kebenaran kerana isteri baharunya bermadukan seseorang yang tidak diketahui statusnya sama ada meninggal dunia atau ghaib.

Gambar sekadar hiasan

Suami salah seorang penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak Mac lalu terpaksa memfailkan permohonan daftar nikah untuk berpoligami di Mahkamah Tinggi Syariah awal November.

Bapa kepada empat anak itu menghadapi kesukaran kerana tidak dapat mengemukakan surat kebenaran isterinya untuk membolehkan dia bernikah kali kedua.

"Sijil kematian isterinya juga tidak dikeluarkan, jadi sukar untuk bernikah dalam negara, oleh itu pasangan itu ke Songkla, Thailand dan kini memfailkan permohonan daftar nikah untuk berpoligami," katanya.

Menurut sumber itu lagi, lelaki berkenaan mengahwini seorang wanita yang berasal dari Muar, Johor dan bekerja di ibu negara.

"Majlis meraikan pasangan pengantin baharu ini juga dilangsungkan secara kecil-kecilan di sebuah homestay di Langat bulan lalu," kata sumber itu.

Isteri lelaki terbabit merupakan antara 239 penumpang yang berada dalam pesawat MH370 yang sedang dalam perjalanan ke Beijing apabila hilang awal pagi pada 8 Mac sebaik berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Monday, November 17, 2014

[Video] Rakaman Sejurus Selepas Pesawat MH17 Jatuh Oleh Penduduk Kampung Tersebar!


Video ini baru sahaja didedahkan dalam beberapa jam yang lalu sejurus laporan pihak rusia yang mengeluarkan gambar satelit saat MH17 ditembak dikatakan palsu oleh Amerika. Yang belum lihat post tersebut boleh klik di sini.

Video amatur yang dirakam oleh orang awam dipercayai adalah video saat-saat terawal pesawat MH17, milik Malaysia Airlines terhempas di Donestk, Ukraine pada Julai yang lalu.



Klip video berdurasi dua minit yang dimuat naik ke YouTube pada Ahad oleh agensi berita Russia Today menggambarkannya sebagai rakaman terawal sejurus nahas berlaku.

Penduduk yang jelas terkejut dengan tragedi itu kedengaran menjerit dan berteriak, manakala yang lain berlari ke arah lokasi nahas dengan baldi air dalam usaha memadamkan api yang marak. 

Budak 2 Tahun Mati Dimakan Oleh Khinzir.


Jiang – Malang menimpa seorang kanak-kanak yang berusia dua tahun, Wei Tsao apabila dia meninggal dunia dalam keadaan tragis, selepas diserang oleh seekor babi, yang kemudiannya turut mengunyah kepalanya.

Kejadian berlaku ketika Wei, yang juga dikenali dengan nama manjanya, Keke merangkak ke kandang babi tersebut tanpa disedari oleh ibu bapanya yang ketika itu berada di dalam rumah.

BUDAK MATI DIMAKAN KHINZIR

Apabila babi itu melihat Wei merangkak ke dalam kandangnya, binatang itu yang mahu melindungi anaknya telah menyerang kanak-kanak itu hingga mati.

Pada masa sama, ibu bapanya yang mendengar jeritan Wei berlari keluar rumah, namun mereka telah terlambat apabila babi itu sudah menyunyah kepala anak mereka.

Penduduk kampung yang mendengar jeritan Wei turut berlari mendapatkan budak itu dan mereka menarik babi berkenaan sebelum mengikatnya di pokok dan membunuhnya.

Mereka membelah perut babi itu dan terdapat serpihan rambut dan tulang tengkorak Wei.

Penduduk kampung kemudiannya menyerahkan serpihan tersebut kepada polis untuk membuktikan bahawa babi itu yang membunuh kanak-kanak tersebut.


Designed By Blogger Templates